Monday 20 September 2021

Isteri kepada

Kau tahu. Kau tahu dan kau kenal perangai dia. Kau tahu segala rahsianya dan kau masih bersabar. Sabar seorang isteri yang tahu menghormati suami. Kau pejamkan mata pada setiap kelemahannya kerana kau terus memberi tahu diri sendiri yang dia juga miliki kebaikan. 

"Ini pilihan aku."

Thursday 16 September 2021

Hidup

Ada ketikanya kau mengejar sesuatu yang kelihatan seperti masa hadapan. Dan apabila masa hadapan itu berubah menjadi masa sekarang, kau mulai rasa seperti tiada apa lagi yang kau perlu kejarkan, hanya menghayati dan menghargai.


Dan kau mulai takut dengan masa hadapan yang pasti.


Kematian.

Monday 18 November 2019

Pil

Bunyi muzik bergema di serata ceruk padang. Seolah setiap rumput ditanam dengan speaker kecil. Di atas pentas kelihatan seorang lelaki sedang meloncat-loncat sambil menggosokkan tangannya di atas meja.

Aku disudut padang, terbaring di atas rumput sambil menghayati rasa bahagia yang aku cipta sendiri. Aku memandang bintang di langit. Aku ketawa melihat bintang berkelip-kelip seolah mereka juga turut bergembira seperti aku.

Yang nyata, bagi manusia yang normal, yang tiada pil gembira di dalam darah mereka, aku kelihatan seperti seorang gadis yang dungu.

Ketawa sendirian tanpa arah.

Sunday 21 December 2014

Syurga Kecil Di Dunia

Dan dia tak akan dapat bayangkan betapa gembiranya aku rasa dapat menghabiskan masa dengan dia

Ya
Dia sakit
Ya
Aku kena berlari ke sana dan ke sini
Ya
Aku sangat penat memikirkan cara untuk dia dapat menghabiskan masa dengan aku tanpa rasa penat atau rasa kesian

Tetapi
Semua
Kesemua penat dan lelah
Hilang
Setiap kali dia tersenyum, bergurau dan bermanja dengan aku

Dia seperti syurga kecil aku di dunia

Thursday 13 November 2014

Suatu Permulaan

Bergema satu bilik dengan tepukan dari para penonton. Nun jauh di pentas, seorang wanita tunduk hormat. Pergerakannya halus dan lembut sekali. Wanita itu terus berpusing untuk menuju ke belakang pentas. Langkahnya perlahan dan penuh berhati-hati. Mungkin kerana gaunnya yang labuh sehingga menyapu ke lantai itu menghalang kelancaran perjalanannya.

Senyum pahit.

"Aku yakin mereka tahu ini semua hanyalah lakonan. Ini semua adalah ilusi. Gambaran suatu kehidupan yang palsu. Tetapi mereka tetap gemarkannya."